Sunday 31 March 2013

KAYAK



Kayak adalah berasal dari perkataan ‘bot manusia’. Mengikut Kamus Dewan pula kayak bermaksud sampan orang Eskimo. Pembinaan asalnya adalah daripada rangka kayu yang dilitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak biasanya dikemudi dengan dua orang pendayung dengan meletakkan kaki mereka ke hadapan.  Apabila zaman semakin moden kayak yang dahulu digunakan untuk memburu di kawasan Lautan Artik kini dijadi sebagai salah satu aktiviti lasak di air atau sebagai riadah. Kayak boleh diperbuat dari pelbagai material antaranya plastik, fiberglass, serat karbon dan kanvas serta kayu.


(a)    Bahagian-bahagian Kayak

                 

·         1.   Bow adalah bahagian bucu kayak
·         2.   Star Boat Side bahagian kanan kayak
·         3.   Port Side bahagian kiri kayak
·         4.  Toggle terdapat di hapan dan belakang kayak sebagai penarik.
·         5.   Deck ialah bahagian atas kayak
·         6.   Hull ialah bahagian bawah kayak
·         7.   Footrest
·         8.   Gunwale Line merupakan bahagian tepi yang mencantumkan Deck dan Hull
·         9.   Cockpit adalah ruang terbuka yang menjadi ruang duduk; dan
·         10. Seat tempat duduk dalam cockpit.


(b) Bahagian – bahagian Paddle




Pendayung atau paddle adalah alatan kedua yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Ianya berfungsi untuk mengerak kayak ke semua arah yang dingini dengan pelbagai teknik tertentu. Ianya juga mempunyai dua bilah (blade) yang setiap satunya berlawanan kedudukan agar ianya dapat mengaut air dan kayak bergerak ke hadapan.

Blade ( Bilah mata dayung )


Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.


Bar
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.


·         Back Of Blade ( Belakang Dayung )


Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.



(c)   PFD [Personal Floatation Devices]


Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid. Bahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

No comments:

Post a Comment