Sunday 17 March 2013

IKATAN DAN SIMPULAN





Thumb Knot/Simpul Mati

Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati :) .

satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali untuk menahan batang tali dari terurai. Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai bonjolan untuk memudahkan tempat memegang. Ikatan simpul mati juga boleh digunakan unuk sebagai ikatan tali khemah contohnya dengan melakukan ikatan ke batang pokok.




Reef Knot/Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikatkain pembalut luka atau kain anduh ,menyambung tali yangsama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan.


Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.





Manuk I


Manuk II 

Ikatan simpul manuk atau juga dikenali sebagai simpul manggis

Dibuat dengan dua simpulan, yang mana simpulan kedua diletak di atas simpulan pertama. Ini adalah simpulan yang kuat untuk ikatan sauh tetapi mudah dilucut. salah satu kegunaannya yang aku biasa tengok adalah untuk mengikat kayu pancang lembu :)




Figure Of Eight


Figure Of Eight Follow Through



Figure of Eight On a bight

Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati



Fisherman Knot


Double Fisherman Knot



Pandangan Dekat

Bowline/Simpul Kasih

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerutatau‡mengikat leher binatang supaya tidakterjerut.‡Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh kedalam sungai.

Refleksi : Penyampain yang dilakukan sangat baik. Komunikasi  antara pensyarah dan pelajar juga memberi pelbagai idea dan pelajaran yang baru. Pemberian tali kepada setiap pelajar juga sangat membantu agar setiap pelajar melakukan sendiri ikatan dan ini membantu pelajar mengingati serta mempelajari ikatan dengan mudah. 

No comments:

Post a Comment