Thursday 30 May 2013

FIRST AID

Pembelajaran kalo ini adalah tentang First Aid. 


Antara peralatan yang perlu ada di dalam bekas First Aid ialah Handyplast, antiseptic Cream, Oral Dehydration, Dressing, Bandange, Anduh, Sarung Tangan (Glove) dan sebagainya.


Selain itu, kami juga didedahkan adalah luka. Luka boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu


- Luka kecil

- Luka Sederhana
- Luka Besar


LUKA DAN BERDARAH
Rawatan Luka Kecil
  • Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
  • Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
  • Balut dengan kain bersih atau pembalut.
Mengawal pendarahan
  • Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
  • Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
  • Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
  • Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan.
  • Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.
Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.
KECEDERAAN TULANG (PATAH)
Rawatan Patah
  • Jangan gerakkan bahagian yang patah.
  • Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
  • Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
  • Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
  • Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
  • Dapatkan rawatan lanjut.
PENGSAN
Rawatan Pengsan
pengsan
  • Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
  • Longgarkan pakaian yang ketat.
  • Pastikan udara bersih mencukupi.
  • Periksa lain- lain kecederaan jika ada.
  • Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.
  • Selain itu rawatan CPR juga boleh dilakukan. 

TERCEKIK
Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.
Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)
  • Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
  • Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
  • Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
  • Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar.
  • Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
  • Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
  • Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.
Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
Jika Mangsa Pengsan
  • Baring dan terlentangkan mangsa.
  • Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
  • Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
  • Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.
  • Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.
  • Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR).
  • Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.
Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.
Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini.
cpr

TERBAKAR DAN MELECUR
Kecederaan Kecil
  • Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
  • Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
  • Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
  • Balut dengan kain bersih.
Kecederaan Teruk
  • Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.
  • Periksa pernafasan dan nadinya.
  • Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
  • Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
  • Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
  • Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Kecederaan disebabkan bahan kimia
  • Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.
  • Balut kecederaan dengan kain bersih.
  • Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
  • Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.

KERACUNAN
racun
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.
Rawatan awal keracunan
  • Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
  • Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
  • Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
  • Tunggu arahan dan bertindak segera.
  • Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
  • Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.

RENJATAN
Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian.
Tanda-tanda
  • Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.
  • Nafas pendek dan tidak teratur.
  • Nadi yang cepat tetapi lemah.
  • Anak mata yang membesar.
  • Lemah.
  • Kehausan.
Rawatan
  • Telefon ambulans jika perlu.
  • Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.
  • Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas tinggikan kakinya antara 8″ – 12″.
  • Longgarkan pakaian yang ketat.
  • Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
  • Beri kenyakinan.
  • Jangan beri air atau alkohol.
RENJATAN ELEKRIK
Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jik tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.
  • Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
  • Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.
  • Beri rawatan terbakar dan melecur.
  • Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.
  • Berada disisinya sehingga bantuan tiba.

    Sumber :: Jabatan Amal Malaysia . 

    Selain itu, kami juga melakukan post mortem perkhemahan yang telah diadakan. Dan seterusnya, membincangkan tentang perancangan perkhemahan yang seterusnya. Oleh itu, segala kekurangan akan diperbaiki dan akan menjadi sebagai pengetahuan yang baru kepada pelajar. 


    Refleksi : Dari pembelajaran ini, pelajar sekurang-kurang mengetahui serba sedikit akan cara merawat atau memberi rawatan yang mudah apabila berlakuk kecemasan. 

KEMBARA ALAM AMFIBIA

Pada tarikh 10 - 12 Mei 2013,  Kelab Asas Kembara kami telah mengadakan perkhemahan di Kem Murni, Gopeng Perak. 

Perjalanan kami bermula pada pukul 5 petang dari Uni. Putra Malaysia dan tiba di destinasi lebih kurang pada pukul 10 mlm. 

Apabila sampai di destinasi dan tapak perkhemahan kami memasang khemah dan mengatur segala barang dan bersiap-siap untuk rehat. 


\
Pada keesokkan harinya, kami melakukan aktiviti iaitu Water Abseiling, Jungle Trekking dan Tubing. 



\\



Dan seterusnya, untuk hari yang terakhir kami melakukan aktiviti Caving :)) 


Sekian . 


Refleksi : Daripada kem ini, banyak kemahiran insaniah dapat diterapkan di dalam diri para pelajar. Antara kerja berpasukan, kepimpinan dan sebagainya. Sesuai dengan moto kumpulan ini akhirnya semua pelajar berjaya

Challenge Your Limit ! 

APLIKASI 'NOTTING'

Kelas pada kali ini membincangkan tentang aplikasi tali yg dipelajari pada minggu lepas. 


Contohnya, penggunaan ikatan tali pada khemah . 






Refleksi : Dari pembelajaran kali ini, pelajar dapat mengetahui bagaimana ikatan dan simpulan  boleh diaplikasikan dan sekaligus belajar bagaimana untuk mendirikan khemah Flysheet. 



Sunday 31 March 2013

KAYAK



Kayak adalah berasal dari perkataan ‘bot manusia’. Mengikut Kamus Dewan pula kayak bermaksud sampan orang Eskimo. Pembinaan asalnya adalah daripada rangka kayu yang dilitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak biasanya dikemudi dengan dua orang pendayung dengan meletakkan kaki mereka ke hadapan.  Apabila zaman semakin moden kayak yang dahulu digunakan untuk memburu di kawasan Lautan Artik kini dijadi sebagai salah satu aktiviti lasak di air atau sebagai riadah. Kayak boleh diperbuat dari pelbagai material antaranya plastik, fiberglass, serat karbon dan kanvas serta kayu.


(a)    Bahagian-bahagian Kayak

                 

·         1.   Bow adalah bahagian bucu kayak
·         2.   Star Boat Side bahagian kanan kayak
·         3.   Port Side bahagian kiri kayak
·         4.  Toggle terdapat di hapan dan belakang kayak sebagai penarik.
·         5.   Deck ialah bahagian atas kayak
·         6.   Hull ialah bahagian bawah kayak
·         7.   Footrest
·         8.   Gunwale Line merupakan bahagian tepi yang mencantumkan Deck dan Hull
·         9.   Cockpit adalah ruang terbuka yang menjadi ruang duduk; dan
·         10. Seat tempat duduk dalam cockpit.


(b) Bahagian – bahagian Paddle




Pendayung atau paddle adalah alatan kedua yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Ianya berfungsi untuk mengerak kayak ke semua arah yang dingini dengan pelbagai teknik tertentu. Ianya juga mempunyai dua bilah (blade) yang setiap satunya berlawanan kedudukan agar ianya dapat mengaut air dan kayak bergerak ke hadapan.

Blade ( Bilah mata dayung )


Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.


Bar
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.


·         Back Of Blade ( Belakang Dayung )


Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.



(c)   PFD [Personal Floatation Devices]


Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid. Bahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

Sunday 24 March 2013

WALL CLIMBING

Wall Climbing .

Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pemanjat tidak akan sampai ke kemuncaknya. Sebelum memanjat, pemanjat juga perlu fahan dengan konsep 3 Titik Kontak iaitu mempertahankan posisi tebing dengan 2 tangan 1 kaki atau 1 tangan 2 kaki. Dengan cara ini badan dapat penggunaan  tenaga dapat dikurangkan/diminimakan.


a ) Pemanjat :
   Perlu mengetahui jenis-jenis pemanjatan serta penguasaan dinding yang akan dipanjat. Pemanjat perlu berkomunikasi dengan belayer agar-agar keselamatan pemanjat dan bilayer terjamin.

b ) Belay :
                Proses untuk mendapatkan dan melindungi pendaki dengan menggunakan tali untuk menampung berat badan pemanjat jika terjatuh. Bahagian yang penting dalam rantaian mendaki iaitu sebagai keselamatan dan salah satu kemahiran yang penting dalam proses wall climbing.


c ) Antara  alat-alat yang digunakan :

1.      Harness atau webbing


Harness ini dipakai seperti memakai seluar atau boxer. Ianya salah satu aksesori yang penting untuk memanjat agar tali mudah diikat dipinggang bagi membantu pemanjatan.


2.      Carabiner


 


3.      Kasut Memanjat


Kasut memanjat ini dicipta khusus untuk wall climbing kerana ianya memudahkan untuk mencengkam dengan baik di permukaan batu yang diskru di dinding. Pemilihan kasut mestilah ketat dan selesa dipakai dikaki.


4.      Kapur


Untuk memberi kesan yang kesat dan tidak licin kepada pemanjat sewaktu memanjat. Hal ini keranan pemnajat kemungkinan akan berpeluh pada permukaan tapak tangan dan menyukarkan proses pemanjatan kerana licin.


5.      Tali Kermantle


   

Ker bermaksud bahagian dalam gentian Fiber yang ditenun dan mantle lapisan luar tali. Ciri penting yang ada pada tali jenis ini ialah 'Energy Absorption Capacity' iaitu keupayaan tali itu memberi keanjalan jika berlaku bebanan. Tali jenis karmantle ini juga mempunyai ketahanan geseran, kalis air dan ia mudah dibawa.

·         Penjagaan Tali/selenggara
Elak dari digunakan sebagai ampaian, minyak, asid, pasir, habuk dan dipijak...selalu periksa tali sebelum digunakan...

·         Penyimpanan Tali

-    Disimpan didalam bekas atau beg kanvas/plastik bagi mengelakkan kekotoran serta mudah dibawa..
-          Di simpan ditempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia..
-          Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat
-          Tali perlu diberikan nombor dan rekod penggunaannya..

Refleksi : Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Sebelum ini, pelajar sering didedahkan bagaiman cara untuk mendaki dinding. Tetapi dalam sesi ini, pelajar juga diberi peluang untuk menjadi Belay. Sikap mempercayai rakan sendiri juga perlu ada dalam menjalankan aktiviti ini. 

Sunday 17 March 2013

IKATAN DAN SIMPULAN





Thumb Knot/Simpul Mati

Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati :) .

satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali untuk menahan batang tali dari terurai. Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai bonjolan untuk memudahkan tempat memegang. Ikatan simpul mati juga boleh digunakan unuk sebagai ikatan tali khemah contohnya dengan melakukan ikatan ke batang pokok.




Reef Knot/Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikatkain pembalut luka atau kain anduh ,menyambung tali yangsama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan.


Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.





Manuk I


Manuk II 

Ikatan simpul manuk atau juga dikenali sebagai simpul manggis

Dibuat dengan dua simpulan, yang mana simpulan kedua diletak di atas simpulan pertama. Ini adalah simpulan yang kuat untuk ikatan sauh tetapi mudah dilucut. salah satu kegunaannya yang aku biasa tengok adalah untuk mengikat kayu pancang lembu :)




Figure Of Eight


Figure Of Eight Follow Through



Figure of Eight On a bight

Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati



Fisherman Knot


Double Fisherman Knot



Pandangan Dekat

Bowline/Simpul Kasih

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerutatau‡mengikat leher binatang supaya tidakterjerut.‡Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh kedalam sungai.

Refleksi : Penyampain yang dilakukan sangat baik. Komunikasi  antara pensyarah dan pelajar juga memberi pelbagai idea dan pelajaran yang baru. Pemberian tali kepada setiap pelajar juga sangat membantu agar setiap pelajar melakukan sendiri ikatan dan ini membantu pelajar mengingati serta mempelajari ikatan dengan mudah.