Sunday, 24 March 2013

WALL CLIMBING

Wall Climbing .

Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pemanjat tidak akan sampai ke kemuncaknya. Sebelum memanjat, pemanjat juga perlu fahan dengan konsep 3 Titik Kontak iaitu mempertahankan posisi tebing dengan 2 tangan 1 kaki atau 1 tangan 2 kaki. Dengan cara ini badan dapat penggunaan  tenaga dapat dikurangkan/diminimakan.


a ) Pemanjat :
   Perlu mengetahui jenis-jenis pemanjatan serta penguasaan dinding yang akan dipanjat. Pemanjat perlu berkomunikasi dengan belayer agar-agar keselamatan pemanjat dan bilayer terjamin.

b ) Belay :
                Proses untuk mendapatkan dan melindungi pendaki dengan menggunakan tali untuk menampung berat badan pemanjat jika terjatuh. Bahagian yang penting dalam rantaian mendaki iaitu sebagai keselamatan dan salah satu kemahiran yang penting dalam proses wall climbing.


c ) Antara  alat-alat yang digunakan :

1.      Harness atau webbing


Harness ini dipakai seperti memakai seluar atau boxer. Ianya salah satu aksesori yang penting untuk memanjat agar tali mudah diikat dipinggang bagi membantu pemanjatan.


2.      Carabiner


 


3.      Kasut Memanjat


Kasut memanjat ini dicipta khusus untuk wall climbing kerana ianya memudahkan untuk mencengkam dengan baik di permukaan batu yang diskru di dinding. Pemilihan kasut mestilah ketat dan selesa dipakai dikaki.


4.      Kapur


Untuk memberi kesan yang kesat dan tidak licin kepada pemanjat sewaktu memanjat. Hal ini keranan pemnajat kemungkinan akan berpeluh pada permukaan tapak tangan dan menyukarkan proses pemanjatan kerana licin.


5.      Tali Kermantle


   

Ker bermaksud bahagian dalam gentian Fiber yang ditenun dan mantle lapisan luar tali. Ciri penting yang ada pada tali jenis ini ialah 'Energy Absorption Capacity' iaitu keupayaan tali itu memberi keanjalan jika berlaku bebanan. Tali jenis karmantle ini juga mempunyai ketahanan geseran, kalis air dan ia mudah dibawa.

·         Penjagaan Tali/selenggara
Elak dari digunakan sebagai ampaian, minyak, asid, pasir, habuk dan dipijak...selalu periksa tali sebelum digunakan...

·         Penyimpanan Tali

-    Disimpan didalam bekas atau beg kanvas/plastik bagi mengelakkan kekotoran serta mudah dibawa..
-          Di simpan ditempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia..
-          Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat
-          Tali perlu diberikan nombor dan rekod penggunaannya..

Refleksi : Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Sebelum ini, pelajar sering didedahkan bagaiman cara untuk mendaki dinding. Tetapi dalam sesi ini, pelajar juga diberi peluang untuk menjadi Belay. Sikap mempercayai rakan sendiri juga perlu ada dalam menjalankan aktiviti ini. 

No comments:

Post a Comment